Wednesday, February 17, 2010

gelagat

seperti biasa lah untuk peminat-peminat bola sepak, penghujung bulan dua adalah masa yang sangat dinantikan untuk melihat team-team kesayangan masing-masing bertempur dalam Round of 16 Liga Juara-juara Eropah atau champion league.
gua rasa dah tak perlu nak terangkan lebih lanjut mengenai champion league nih memandangkan adik gua yang kecik pon tau game macam mana..

so, malam tadi dan malam semalam ada 4 game yang dah selesai untuk 1st leg (baru sebelah kaki tau)...seperti biasa di mana bola itu bulat - ada lah result yang menggembirakan tak kurang jugak yang mengecewakan...

tapi gua tak kisah benda tu semua since it just a football ok. and gua pulak memang orang yang jenis enjoy the football. tapi sejak semalam gua punya facebook da di penuhi dengan kata-kata yang buat gua rasa berbulu je...
ni semua kebanyakannya berpunca dari fan manU (sori beb, gua tak cakap lu - ada beberapa tu yang buat rasa panas je baca ayat diorang )

ok guys - i dont want to argue with all of you...
i mean....well, gua tau fan manU ade berjuta-juta kat dunia ni mengalahkan fan team lain...
in fact, yes manU win 3-2 to ac milan at san siro malam semalam but ...........

come on guys, gua tak kisah bila korang nak puji lebih-lebih kata team korang tu power gila walaupun kalau tengok balik, ac milan yang lebih banyak shot on target...
yes, your striker is so clinical untuk tak mensia-siakan peluang yang ada berbanding ac milan...
tapi korang tengok tak game tu ?
korang nilai tak dari sudut pemerhati bola apa yang diorang nampak dari game tu ?

lagi skali gua cakap, gua tak kisah lah korang nak kata team tu power tahap gaban sekalipon...
tapi bila team korang tu dah menang, tak payah lah nak keluar kata-kata kesat mengutuk team yang dikalahkan tu sampai tahap anjing kurap tepi jalan...
gua bukan nak marah sebab gua ni fan ac milan - in fact yes i am...
but come on la, pasal bola pon korang nak cetuskan pergaduhan sesama kita ke ?
kalau setakat bahan sikit-sikit tu standard lah...
tp sangat tak perlu ok nak kutuk team yang kalah tu lebih-lebih sampai macam tu. orang kata kalau nak berguarau pon janganlah kasar sangat bai...
yes, gua akui memang team korang tu hebat - see, i am "enjoy the football" type of person ...
tapi lu orang ingat team lu orang tuh boleh menang sentiasa ke ?
this is football la - ada up and down for setiap team ...
bila team korang kalah - tau masing-masing sepi seribu bahasa plak ek..

gua tengok fan-fan team lain, jarang gila gua nak nampak "menganjing" team yang team diorang kalahkan ...
rilex sudah ... tu lah antara sebab kenapa gua benci manU even gua akui kehebatan team tu - sebab fan dia semua berlagak macam power gila pulak ...
gua harap sangat biar manU terkena kat old trafford - lepas tu gua nak tengok apa jadi kat facebook gua ...





p/s: gua tak tau nak duduk side mana kalau ac milan vs chelsea

Monday, February 15, 2010

kekaguman

cakap banyak tak guna

aizat - u will be great
faizal tahir - u are great !
datuk siti nurhaliza - u are awesome !

konsert satu suara istana budaya was superb !
hope siti nurhaliza production will produce more event like this with this awesome performance...
serius gua tak rasa menyesal sekelumit pon ...






p/s : gua nak pergi lagi kalau ada konsert kat istana budaya lepas ni ...

Wednesday, February 3, 2010

pegawai tadbir dan diplomatik

wooooh wooooh wooooh ...rilex-rilex ...
gua tahu semua orang macam agak excited bila dengar about pegawai tadbir dan diplomatik atau PTD ni...
tapi tolong jangan terjah gua sebab bukan gua yang ada kena mengena dengan benda alah ni. gua nak daftar masuk SPA pon gua terkial-kial tau tak..ahaha.

macam lu orang semua sedia maklum lah kan, PTD ni agak kerek pekerjaannya. bukan kerek apa, kerek sebab sangat susah dia nak ambil orang masuk bawah dia. PTD ni satu jawatan yang sangat semua orang harapkan dalam kerajaan tapi sangat lah banyak halangan dan cabaran untuk nak kecapi. heh~

so today is 040210, and kakak angkat gua sedang berdebar-debar menunggu giliran beliau untuk di soal siasat oleh pegawai-pegawai yang berkenaan untuk pengambilan kemasukan ke PTD...
apahal lu orang gelak ??
apa lu orang ingat gua tak cukup handsome ke untuk ada kakak angkat ???
ahaha

ok,sebenarnya beliau sedang dalam stage ketiga untuk pemilihan ni dan stage ketiga ni adalah interview stage and adalah stage yang terakhir..means that kalau dia lepas yang ini, insyaallah dia akan terus menjawat jawatan seorang PTD dalam kerajaan - huh gua akan sangat jealous bila beliau akan mampu beli kereta mahal ahaha

sebenarnya gua tak sangka pulak yang dia lepas sampai tahap ni... ehehe bukan gua tak yakin dengan beliau, tapi hari tu masa 2nd stage beliau berjaya meng'cramp'kan kaki beliau dua-dua belah time buat larian 2.4km
ahaha
tapi tu lah, memang rezeki dia kot

so for you sis, please do whatever it take to be the best on the interview today ok
i'll wait for a very good news from u later ...
gambate !!!

so untuk lu orang yang tak pasti meh sini gua nak terang
stage untuk layak jadi PTD ni ada tiga :-

1st stage : examination about personality, country, mathematics, and sciences
2nd stage : something like seminar which ada aktiviti dalam kumpulan, debat, forum and aktiviti kecergasan yang buat kaki lu orang jammed.. ahaha
3rd stage : barulah interview ...

haiiiyooo, nak dapat interview pon banyak benda nak kena lepas dulu seh...
kalau lu orang nak tau lebih-lebih pasal PTD ni (ape jenis pekerjaan bla3 everything), cari je dalam internet bersepah-sepah ada tak pon korang bace je lah kat sini




p/s: gua nak pergi rembat buku latihan matematik adik gua buat tambah tolak punya exercise

Saturday, January 23, 2010

isi dan kuku

gua dari kecik lagi memang hidup gua tak pernah lama kat satu tempat.memang merantau je lah kerja sebab gua terpaksa lah follow mak bapak gua yang kerja menuai padi.so, bila tahun ni padi menjadi kat kedah, kami ke kedah. kalau menjadi kat sabah, kami ke sabah dan seterusnya.

ahaha gua kencing je.

tapi betul lah memang gua asyik berpindah randah je dari kecik. sekarang ni lah baru rasa macam lama sikit duduk kat sini - dah tujuh lapan tahun gak lah gua kat tempat ni rupanya.

macam-macam jenis tempat gua dah pernah rasa duduk - dari tempat yang setiap kali balik sekolah kena sental kasut sampai putih balik sebab kasut penuh lumpur sampai lah tempat yang gua nampak budak darjah 3 pon reti nak naik komuter kena beli tiket dulu..*gua teringat cerita member gua 1st time naik komuter tolak tiang nak masuk.ahahaha

ok, berbalik kat cerita gua.
so bila dah macam tu, memang bermacam-macam jenis orang la yang gua dah jumpa. dan sebagai orang yang dah pernah rasa duduk kat pelbagai jenis tempat, gua rasa gua tak ada apa-apa pon untuk dibanggakan atau ditunjuk-tunjuk.

tapi gua pelik lah bila sekarang ni kalau gua terserempak balik dengan kenalan-kenalan gua dari tempat lama gua dulu. ada tu belajar dah tinggi dah, tapi perangai tak macam rusa masuk kampung pon sebab gua tau kalau rusa tu masuk kampung elok sikit perangainya.

bila masing-masing dah jauh dari pandangan orang tua, mula lah nak jadi yang bukan-bukan. bukannya gua ni nak jaga tepi kain orang. gua tak kisah lah diorang tu nak jadi apa pon. asalkan tak ganggu hidup gua sudah la kan.

tapi ada lah beberapa perkara yang masuk kat telinga gua yang gua rasa meluat dan rasa macam nak maki hamun je orang-orang yang berkaitan tu. ada tu yang asalnya dari kampung-kampung, tapi bila dah jauh sikit dari kampung - nyamuk gigit pon awak dah bising lebih-lebih. hello......kampung awak tu dulu pakai kelambu ke satu kampung.

dan cerita terbaru gua dengar ni gua kurang pasti lah kesahihannya.tapi gua dapat cerita ni dari sumber yang gua memang percaya.so bagi gua memang sahih la cerita ni.

ada lah kenalan gua ni. berasal dari daerah yang tak ada lah nak kata maju sangat. nak kata mundur pon tak jugak sebab agak sibuk gak suasana bandar dia. dan si dia ni pon bukan lah berasal dari orang yang berada sangat (gua rasa lah).

nak jadi cerita - satu hari adalah seorang mamat ni ajak dia date for the first time untuk berkenal-kenalan. dengar cerita mamat ni kerja agak mewah tapi maybe dia saja lah kan tak mahu tunjuk kemewahan dia. so dia pon amek kenalan gua ni pergi lepak kat kedai fast food yang terkemuka untuk orang yang suka drive-thru ni.

balik dari date tu, boleh pulak kenalan gua ni terus kutuk-kutuk mamat tu cakap mamat tu ada motor je la, bawak kereta auto la (ada mercedes slk manual kah ?), bla3 lah...
part yang paling gua meluat adalah, boleh pulak kenalan gua ni bising-bising kutuk mamat tu sebab bawak dia pergi makan kat restoran fast food je.

haih, sedar lah diri sikit - awak tu bukan dari lahir kena suap ngn duit pon. abes tu bila da besar-besar ni, perlu ke nak expect seorang lelaki bawak awak tu pergi belanja victoria station untuk 1st date ??? . bagi gua kalau mamat tu nak bawak pergi mamak pon tak ada yang salah kot. tak kisah la mamat tu saja cuba sorokkan kekayaan dia ke atau memang dia macam tu ke kan tapi bila kenalan gua tu memekak sampai macam tu sekali, tiba-tiba gua rasa telinga gua berdesing pon ada.

nasib baik gua dengar cerita bukan betul-betul depan dia. so hikmat tendangan pakai siku gua masih lagi tersemat dengan selamat.

korang fikir sendiri lah kewarasannya....




p/s: gua nak pergi korek telinga

Tuesday, January 19, 2010

jodoh

hari ini gua pergi belajar motor untuk kali terakhir.yaaa gua belajar motor !!! satu benda yang gua rasa sangat malu nak admit memandangkan umur serta bakat gua dalam menunggang motosikal.tapi itu lah hakikatnya bahawa gua memang tak pernah ada lesen moto - setakat L je tak dikira kan ?...
seperti biasalah, pagi-pagi gua dah kena bangun menahan hasutan-hasutan dari tilam dan bantal gua dengan mata yang dah sampai tahap menangis-nangis menahan ngantuk punya pasal.tapi tak apa, demi menjaga duit mak bapak gua yang nanti akan kena keluar bayarkan duit saman gua, so gua gagahi jugak proses pembelajaran yang terakhir sebelum ambil test besok (ini plan awal)..

gua sampai agak awal lah pagi tadi dan hanya ada beberapa ketul orang je yang baru sampai dan tiba-tiba gua rasa macam tak samseng langsung datang awal-awal ni.dah dalam setengah jam gua melanguk kat situ baru lah ramai sikit yang datang dan muka seorang-seorang....haih gua tak tergambar.lu orang bayang lah muka budak-budak baru habis sekolah macam mana dia punya kerek.gua yang da abes entah 5, 6, 7 tahun ni pun tak buat muka macam tu (tengok punya lama dah habis sekolah sampai gua pon tak ingat bila gua habis sebenarnya).tak ape, perasaan nak pijak muka orang gua simpan kemas-kemas.

habis je gua punya proses bawa moto bagi signal pakai tangan tu, gua dengan bangganya pergi sekolah memandu gua untuk mengesahkan gua dah lengkap semua proses untuk ambil test jpj besok..tiba-tiba gua agak kena herdik la dengan akak and abang yang menerajui sekolah tersebut mengatakan mereka try contact aku tak dapat-dapat pada hari sabtu.bila gua tanya kenapa, rupanya dia orang nak sign aku untuk pengesahan borang ambil test dan disebabkan besok da test so gua da tak sempat untuk ambil besok punya test.

punah harapan gua

gua nak salahkan siapa pun gua tak tahu. yang akak ni call gua nombor gua dah tak pakai 5 tahun(dia guna detail gua masa gua mula-mula daftar ambil lesen dulu lepas spm).memang sampai 10 tahun lagi pon gua rasa kalau dia try tak akan dapat reach gua.yang gua pon arituh boleh terlupa pulak nak check tengok balik...haih

yang jadi masalahnya, lepas dari besok gua da susah nak buat test tu sebab gua dah start ada komitmen lain!!!...hmm takkan gua belom apa-apa nak minta cuti - ada yang saja makan surat letak jawatan awal-awal kang.gua rasa memang gua tak ada jodoh untuk ada lesen moto la....

Monday, January 18, 2010

the next stage

ok, hari ni gua rasa macam sangat terlampau dan agak gembira sebab bangun-bangun je dari tidur gua dapat satu information yang mana information tu telah gua tunggu selama hampir 2 minggu.ahaha...gua terlampau happy sebab information tu menandakan yang gua akan melangkah ke satu alam baru atau bak kata membe-membe gua yang berperut buncit, it was the next stage of our life ...
ya, gua akan melangkah ke situ dan gua rasa macam tak sbar-sabar pulak nak memulakan langkahan tersebut..

terima kasih kat semua yang banyak tolong gua..

p/s: maybe 21 adalah nombor bertuah gua

Thursday, January 14, 2010

pagi ini

gua rase dah lama gua tak membebel
tiba-tiba bila gua tengok kalendar tadi baru gua sedar da masuk 2010 rupanya ...
patut lah gua tengok adik bongsu gua tulis darjah 3 cempaka dekat buku latihan colour coklat dia. dah besar rupanya adik-adik gua
baru je dua minggu masuk 2010 tapi gua rase sebenarnya banyak jugak gua nak berleter

apa-apa pon gua mulakan dengan bismillah ...

huuaarrgghhh !!!
oh god, jam dah pukul 3.35 am - patut lemau je gua rasa badan gua nih
baik gua tidur sebelum kejap lagi gua akan terkena ceramah subuh pagi-pagi oleh mak gua kejap lagi ...

p/s: agak bosan bila siang malam tak ada perkara untuk dilaksanakan