Saturday, January 23, 2010

isi dan kuku

gua dari kecik lagi memang hidup gua tak pernah lama kat satu tempat.memang merantau je lah kerja sebab gua terpaksa lah follow mak bapak gua yang kerja menuai padi.so, bila tahun ni padi menjadi kat kedah, kami ke kedah. kalau menjadi kat sabah, kami ke sabah dan seterusnya.

ahaha gua kencing je.

tapi betul lah memang gua asyik berpindah randah je dari kecik. sekarang ni lah baru rasa macam lama sikit duduk kat sini - dah tujuh lapan tahun gak lah gua kat tempat ni rupanya.

macam-macam jenis tempat gua dah pernah rasa duduk - dari tempat yang setiap kali balik sekolah kena sental kasut sampai putih balik sebab kasut penuh lumpur sampai lah tempat yang gua nampak budak darjah 3 pon reti nak naik komuter kena beli tiket dulu..*gua teringat cerita member gua 1st time naik komuter tolak tiang nak masuk.ahahaha

ok, berbalik kat cerita gua.
so bila dah macam tu, memang bermacam-macam jenis orang la yang gua dah jumpa. dan sebagai orang yang dah pernah rasa duduk kat pelbagai jenis tempat, gua rasa gua tak ada apa-apa pon untuk dibanggakan atau ditunjuk-tunjuk.

tapi gua pelik lah bila sekarang ni kalau gua terserempak balik dengan kenalan-kenalan gua dari tempat lama gua dulu. ada tu belajar dah tinggi dah, tapi perangai tak macam rusa masuk kampung pon sebab gua tau kalau rusa tu masuk kampung elok sikit perangainya.

bila masing-masing dah jauh dari pandangan orang tua, mula lah nak jadi yang bukan-bukan. bukannya gua ni nak jaga tepi kain orang. gua tak kisah lah diorang tu nak jadi apa pon. asalkan tak ganggu hidup gua sudah la kan.

tapi ada lah beberapa perkara yang masuk kat telinga gua yang gua rasa meluat dan rasa macam nak maki hamun je orang-orang yang berkaitan tu. ada tu yang asalnya dari kampung-kampung, tapi bila dah jauh sikit dari kampung - nyamuk gigit pon awak dah bising lebih-lebih. hello......kampung awak tu dulu pakai kelambu ke satu kampung.

dan cerita terbaru gua dengar ni gua kurang pasti lah kesahihannya.tapi gua dapat cerita ni dari sumber yang gua memang percaya.so bagi gua memang sahih la cerita ni.

ada lah kenalan gua ni. berasal dari daerah yang tak ada lah nak kata maju sangat. nak kata mundur pon tak jugak sebab agak sibuk gak suasana bandar dia. dan si dia ni pon bukan lah berasal dari orang yang berada sangat (gua rasa lah).

nak jadi cerita - satu hari adalah seorang mamat ni ajak dia date for the first time untuk berkenal-kenalan. dengar cerita mamat ni kerja agak mewah tapi maybe dia saja lah kan tak mahu tunjuk kemewahan dia. so dia pon amek kenalan gua ni pergi lepak kat kedai fast food yang terkemuka untuk orang yang suka drive-thru ni.

balik dari date tu, boleh pulak kenalan gua ni terus kutuk-kutuk mamat tu cakap mamat tu ada motor je la, bawak kereta auto la (ada mercedes slk manual kah ?), bla3 lah...
part yang paling gua meluat adalah, boleh pulak kenalan gua ni bising-bising kutuk mamat tu sebab bawak dia pergi makan kat restoran fast food je.

haih, sedar lah diri sikit - awak tu bukan dari lahir kena suap ngn duit pon. abes tu bila da besar-besar ni, perlu ke nak expect seorang lelaki bawak awak tu pergi belanja victoria station untuk 1st date ??? . bagi gua kalau mamat tu nak bawak pergi mamak pon tak ada yang salah kot. tak kisah la mamat tu saja cuba sorokkan kekayaan dia ke atau memang dia macam tu ke kan tapi bila kenalan gua tu memekak sampai macam tu sekali, tiba-tiba gua rasa telinga gua berdesing pon ada.

nasib baik gua dengar cerita bukan betul-betul depan dia. so hikmat tendangan pakai siku gua masih lagi tersemat dengan selamat.

korang fikir sendiri lah kewarasannya....




p/s: gua nak pergi korek telinga

No comments:

Post a Comment