Saturday, January 23, 2010

isi dan kuku

gua dari kecik lagi memang hidup gua tak pernah lama kat satu tempat.memang merantau je lah kerja sebab gua terpaksa lah follow mak bapak gua yang kerja menuai padi.so, bila tahun ni padi menjadi kat kedah, kami ke kedah. kalau menjadi kat sabah, kami ke sabah dan seterusnya.

ahaha gua kencing je.

tapi betul lah memang gua asyik berpindah randah je dari kecik. sekarang ni lah baru rasa macam lama sikit duduk kat sini - dah tujuh lapan tahun gak lah gua kat tempat ni rupanya.

macam-macam jenis tempat gua dah pernah rasa duduk - dari tempat yang setiap kali balik sekolah kena sental kasut sampai putih balik sebab kasut penuh lumpur sampai lah tempat yang gua nampak budak darjah 3 pon reti nak naik komuter kena beli tiket dulu..*gua teringat cerita member gua 1st time naik komuter tolak tiang nak masuk.ahahaha

ok, berbalik kat cerita gua.
so bila dah macam tu, memang bermacam-macam jenis orang la yang gua dah jumpa. dan sebagai orang yang dah pernah rasa duduk kat pelbagai jenis tempat, gua rasa gua tak ada apa-apa pon untuk dibanggakan atau ditunjuk-tunjuk.

tapi gua pelik lah bila sekarang ni kalau gua terserempak balik dengan kenalan-kenalan gua dari tempat lama gua dulu. ada tu belajar dah tinggi dah, tapi perangai tak macam rusa masuk kampung pon sebab gua tau kalau rusa tu masuk kampung elok sikit perangainya.

bila masing-masing dah jauh dari pandangan orang tua, mula lah nak jadi yang bukan-bukan. bukannya gua ni nak jaga tepi kain orang. gua tak kisah lah diorang tu nak jadi apa pon. asalkan tak ganggu hidup gua sudah la kan.

tapi ada lah beberapa perkara yang masuk kat telinga gua yang gua rasa meluat dan rasa macam nak maki hamun je orang-orang yang berkaitan tu. ada tu yang asalnya dari kampung-kampung, tapi bila dah jauh sikit dari kampung - nyamuk gigit pon awak dah bising lebih-lebih. hello......kampung awak tu dulu pakai kelambu ke satu kampung.

dan cerita terbaru gua dengar ni gua kurang pasti lah kesahihannya.tapi gua dapat cerita ni dari sumber yang gua memang percaya.so bagi gua memang sahih la cerita ni.

ada lah kenalan gua ni. berasal dari daerah yang tak ada lah nak kata maju sangat. nak kata mundur pon tak jugak sebab agak sibuk gak suasana bandar dia. dan si dia ni pon bukan lah berasal dari orang yang berada sangat (gua rasa lah).

nak jadi cerita - satu hari adalah seorang mamat ni ajak dia date for the first time untuk berkenal-kenalan. dengar cerita mamat ni kerja agak mewah tapi maybe dia saja lah kan tak mahu tunjuk kemewahan dia. so dia pon amek kenalan gua ni pergi lepak kat kedai fast food yang terkemuka untuk orang yang suka drive-thru ni.

balik dari date tu, boleh pulak kenalan gua ni terus kutuk-kutuk mamat tu cakap mamat tu ada motor je la, bawak kereta auto la (ada mercedes slk manual kah ?), bla3 lah...
part yang paling gua meluat adalah, boleh pulak kenalan gua ni bising-bising kutuk mamat tu sebab bawak dia pergi makan kat restoran fast food je.

haih, sedar lah diri sikit - awak tu bukan dari lahir kena suap ngn duit pon. abes tu bila da besar-besar ni, perlu ke nak expect seorang lelaki bawak awak tu pergi belanja victoria station untuk 1st date ??? . bagi gua kalau mamat tu nak bawak pergi mamak pon tak ada yang salah kot. tak kisah la mamat tu saja cuba sorokkan kekayaan dia ke atau memang dia macam tu ke kan tapi bila kenalan gua tu memekak sampai macam tu sekali, tiba-tiba gua rasa telinga gua berdesing pon ada.

nasib baik gua dengar cerita bukan betul-betul depan dia. so hikmat tendangan pakai siku gua masih lagi tersemat dengan selamat.

korang fikir sendiri lah kewarasannya....




p/s: gua nak pergi korek telinga

Tuesday, January 19, 2010

jodoh

hari ini gua pergi belajar motor untuk kali terakhir.yaaa gua belajar motor !!! satu benda yang gua rasa sangat malu nak admit memandangkan umur serta bakat gua dalam menunggang motosikal.tapi itu lah hakikatnya bahawa gua memang tak pernah ada lesen moto - setakat L je tak dikira kan ?...
seperti biasalah, pagi-pagi gua dah kena bangun menahan hasutan-hasutan dari tilam dan bantal gua dengan mata yang dah sampai tahap menangis-nangis menahan ngantuk punya pasal.tapi tak apa, demi menjaga duit mak bapak gua yang nanti akan kena keluar bayarkan duit saman gua, so gua gagahi jugak proses pembelajaran yang terakhir sebelum ambil test besok (ini plan awal)..

gua sampai agak awal lah pagi tadi dan hanya ada beberapa ketul orang je yang baru sampai dan tiba-tiba gua rasa macam tak samseng langsung datang awal-awal ni.dah dalam setengah jam gua melanguk kat situ baru lah ramai sikit yang datang dan muka seorang-seorang....haih gua tak tergambar.lu orang bayang lah muka budak-budak baru habis sekolah macam mana dia punya kerek.gua yang da abes entah 5, 6, 7 tahun ni pun tak buat muka macam tu (tengok punya lama dah habis sekolah sampai gua pon tak ingat bila gua habis sebenarnya).tak ape, perasaan nak pijak muka orang gua simpan kemas-kemas.

habis je gua punya proses bawa moto bagi signal pakai tangan tu, gua dengan bangganya pergi sekolah memandu gua untuk mengesahkan gua dah lengkap semua proses untuk ambil test jpj besok..tiba-tiba gua agak kena herdik la dengan akak and abang yang menerajui sekolah tersebut mengatakan mereka try contact aku tak dapat-dapat pada hari sabtu.bila gua tanya kenapa, rupanya dia orang nak sign aku untuk pengesahan borang ambil test dan disebabkan besok da test so gua da tak sempat untuk ambil besok punya test.

punah harapan gua

gua nak salahkan siapa pun gua tak tahu. yang akak ni call gua nombor gua dah tak pakai 5 tahun(dia guna detail gua masa gua mula-mula daftar ambil lesen dulu lepas spm).memang sampai 10 tahun lagi pon gua rasa kalau dia try tak akan dapat reach gua.yang gua pon arituh boleh terlupa pulak nak check tengok balik...haih

yang jadi masalahnya, lepas dari besok gua da susah nak buat test tu sebab gua dah start ada komitmen lain!!!...hmm takkan gua belom apa-apa nak minta cuti - ada yang saja makan surat letak jawatan awal-awal kang.gua rasa memang gua tak ada jodoh untuk ada lesen moto la....

Monday, January 18, 2010

the next stage

ok, hari ni gua rasa macam sangat terlampau dan agak gembira sebab bangun-bangun je dari tidur gua dapat satu information yang mana information tu telah gua tunggu selama hampir 2 minggu.ahaha...gua terlampau happy sebab information tu menandakan yang gua akan melangkah ke satu alam baru atau bak kata membe-membe gua yang berperut buncit, it was the next stage of our life ...
ya, gua akan melangkah ke situ dan gua rasa macam tak sbar-sabar pulak nak memulakan langkahan tersebut..

terima kasih kat semua yang banyak tolong gua..

p/s: maybe 21 adalah nombor bertuah gua

Thursday, January 14, 2010

pagi ini

gua rase dah lama gua tak membebel
tiba-tiba bila gua tengok kalendar tadi baru gua sedar da masuk 2010 rupanya ...
patut lah gua tengok adik bongsu gua tulis darjah 3 cempaka dekat buku latihan colour coklat dia. dah besar rupanya adik-adik gua
baru je dua minggu masuk 2010 tapi gua rase sebenarnya banyak jugak gua nak berleter

apa-apa pon gua mulakan dengan bismillah ...

huuaarrgghhh !!!
oh god, jam dah pukul 3.35 am - patut lemau je gua rasa badan gua nih
baik gua tidur sebelum kejap lagi gua akan terkena ceramah subuh pagi-pagi oleh mak gua kejap lagi ...

p/s: agak bosan bila siang malam tak ada perkara untuk dilaksanakan